Followers
Monday, March 28, 2011
Saturday, March 26, 2011
Adakah Dia Jodoh Ku...
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Bila Hati dan akal berbicara
Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..
Akal : Assalamualaikum, sahabat.
Hati : Waalaikumussalam...
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati terdiam...
Akal bertanya sekali lagi.
Akal : Apa khabar iman anda?
Hati : Kurang sihat mungkin.
Akal : Mengapa?
Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...
Akal : Dia yang mana, sahabatku?
Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..
Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.
Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.
Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.
Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.
Akal : Apa makna cinta?
Hati : Kasih dan sayang.
Akal : Bagiku cinta itu gila.
Hati : Mengapa pula?
Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?
Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.
Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?
Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.
Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.
Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?
Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.
Hati terdiam lagi...
Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?
Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?
Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..
Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?
Hati diam dan tertunduk...
Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!
Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...
Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!
Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...
Thursday, March 24, 2011
YA ALLAH
Sesungguhnya hanya engkau yg maha mengetahui segalanya...
dan hanya engkau menjadi teman hidupku...
Ya Allah...peliharalah aku dari amarah..pelihara lah aku dari
segala2 perkara2 yang engkau benci...
berikan aku kesabaran ya Allah....bantu lah aku...
sesungguhnya aku amat kerdil dalam dunia ini
saat engkau ingin mencabut nyawaku adalah saat yg
amat aku takuti dan saat aku lupa padamu
adalah saat yg paling hina
Ya Allah...
Ya Allah...aku mendapat sedikit ketenangan bila aku mula mendekatimu...
adakah selama ini aku terlalu alpa ya Allah...
aku terlalu memuja hal2 yang tidak sepatutnya daripadaMu
dan tika saat aku menyesalinya...aku ingun mula mendekatimu...
kamu memberikan aku
kamu memberikan aku
ketenang Ya Allah..
adakah engkau mengingatiku ya Allah..
adakah engkau mengingatiku ya Allah..
sedangkan aku lupa padaMu..
selama ini aku tahu...
dan aku hanya tahu..
tapi aku tidak bersungguh
dan aku hanya tahu..
tapi aku tidak bersungguh
dalam mendekatimu....
dan sekarang...engkau memberikan aku sedikit kekuatan
dan sekarang...engkau memberikan aku sedikit kekuatan
dalam menghadapi semua kesukaran ini..
adakah engkau mendegar doa-doa ku....
dan aku amat bersyukur...
walau ianya hanya sedikit ketenangan...
tapi makin dekat aku padaMu...
makin aku bersyukur dan tenang...
walau ianya hanya sedikit ketenangan...
tapi makin dekat aku padaMu...
makin aku bersyukur dan tenang...
hatiku telah jatuh cinta pada ketenanganMu...
Memang aku menitiskan air mata
di saat aku hadapai kesukaran....
Ya Allah..
di saat aku hadapai kesukaran....
Ya Allah..
tapi aku tahu.....
engkau maha mendengar dan maha mengetahui...
engkau maha mendengar dan maha mengetahui...
dan engkau...
dapat membimbingku pada tujuan yang aku inginkan..
dapat membimbingku pada tujuan yang aku inginkan..
dan aku hanya terdiam
dan menahan titisan air mata..
dan menahan titisan air mata..
kerana aku pasti....
suatu hari nanti semua ini
dapat bertukar kembali seperti asal..
suatu hari nanti semua ini
dapat bertukar kembali seperti asal..
namun seandainya ianya tidak dapat dileraikan
dan tidak dapat diredakan...
mungkin ini bukan kehendakmu
Ya Allah..
mungkin ini bukan kehendakmu
Ya Allah..
aku hanya meminta dariMu...
dan hanya engkau maha mengetahui
dan hanya engkau maha mengetahui
yang mana adalah terbaik untukku...
kerana aku....
hanya hambamu yang lalai
kerana aku....
hanya hambamu yang lalai
dan pernah melakukan kesilapan....
Terima Kasih Ya Allah...
kerana engkau mengingatkan aku kepadaMu ketika aku mula
kerana engkau mengingatkan aku kepadaMu ketika aku mula
hanyut dalam kelalaian dan berjauhan dariMu...
Alhamdulillah...
Tuesday, March 22, 2011
DayDreaming Part 2
masuk part 2....hah...nak tau apa lagi yg aku berangan kali nie???
hahaha...kali nie memang teruk...sambil2 bawak moto...dengan slumber badak...
aku bley berkhayal fikiran
ntah kemana...ishh....isshh.... teruk toll...
sedang aku menikmati suasana selepas waktu hujan..
aku bawak moto slow motion jer...bercampur ngan otak nie yg ntah melayang kemana
aku bawak main tepi2 jalan jer....biarkan jer moto2 lain dan kete2 yg besau2 melintasi aku
huhuhu...selalunya aku jer yg laju menonongg....
rempit habisan...
tapi kali nie...disebabkan otak nie x henti2 berfikir..
bawak moto pown rasa cam baring atas katil jer
zZzZZZzzzzZZZZ
indahnyer duniaaa
paannngg!!!!!!!!
oPoc0t mak kau..........!!! -_-"
cuba teka...apa jadi??
.
.
.
.hahahhahhaha...
side mirror ku terlanggar sign board
yg betul2 ada depan lorong nak masuk opis aku
ish..ishh..
malu dowwhh...org yg ngah makan kat kedai
makcik depan tu pandang jer
hahahahhaha
dengan selumber...
aku wat derrkk jer dan meneruskan perjalanan ku
hakhakhak
yang sebenarnya aku pown nak tergelak gak
sebab xprasan yg makin lama
makin ke tepi plak moto aku nie
hakhak
nasib x masuk longkang
=P
hahahhaha...itulah...asyik fikir jer memanjang..
hurm...niee lagi la...bln nie
stress kuat sangat sampai segala hormon da berpindah randah
hakhakhak
apa2 pown memang bestt
DayDreaming Part 1
xpernah aku mengelamun sejauh nie...hurm
tapi hari nie...xtau naper jauh sangat lamunannyer..
waktu petang2 camnie..memang best...aku duduk bersantai2 jer
tapi ngah syok2 di buai angin yg bersepoi2 tu aku tersentak...
hurmm....cantik rumah org tu...bersih..tapi nampak cam x der orang..
umi kata, tuan rumah tu x kawin lagi...dia duk sorang2 jer
patutlah nampak sunyi....
tut...dan..dan..time tu jgk tuan rumah tu baru balik kijer kowt...
hurm....aku pandang jer dia...perhatikan kehidupan seharian dia..
senangnya hidup dia..ringkas... dia ada kerjaya...dia ada rumah sendiri
dan dia ada kereta sendiri...tanpa bergantung dengan LELAKI
hurm....kadang2 aku terfikir...macam mana lau aku pun ditakdirkan jadi mcm tu??
skrg..umur aku 22thn...hurmm nak masuk sambung degree lagi...umur 26thn..
baruuuu habis degree....then nak cari kerja lagi...
mungkin akan mengambil masa selama 2,3tahun
untuk aku meneruskan keiginan aku tu...
hurmm...26..27..28...29....
ntah la..mungkin...aku pun akan jadi camtu jugak agaknya....yerlah ditambah lagi aku skrg...da kesepian dan keseorangan..
aku memang banyak buat salah kerana melukakan hati seorang insan yg begitu jujur pada aku dan aku rasa
mungkin lebih baik aku terus berseorangan...
tanpa melukakan hati sesiapa....
Ya Allah...engkau ampunkan lah aku krn tlah melukakan hati hambamu yg begitu baik dan tulus itu
dan aku sememangnya tidak terdaya untuk memohon maaf
kerana maafku tidak lah bermakna baginya...
aku lebih rela berkeseorangan jika kehadiran aku hanya
memberikan kebencian dalam dirinya...
Wednesday, March 16, 2011
!!!!!!!
Pang!!!!!!
eee...tetiba bengang...hurmm
sabar...sabar....takper...biarlah dia..
aku da pening...memang r..ikutkan hati memang da lama
aku mengamuk giler...yerlah..sememangnya aku pown jenis mudah naik angin sbrnya..
tapi..aku terpaksa bersabar..dan barsabar...
biarlah..aku yg kena..asalkan org tu ok...
lantak la nak kata aper kat aku
hurmmm...
aku..jenis x suka mengungkit...
kalau benda da lepas..lepaslah...
memang pantang...aku..kalau nak bercerita hal kesilapan lepas
ntah kenapa...
aku memang x leh..
mungkin sebab aku x suka ingat benda2 yg ngtve kowt
huhuhu
bila aku da ok..da mood baekk punya...
da x gadoh2...tapi..stil jugak ader..
yang menimbukan balik isu2 yg lepas
yg aku memang x suka...
dan automatically...
kepalaku naik gila
aarghh...xhabis2 kata aku celaka!babi!bodo!bengong!!
arghh!!!!
xguna aku jadi baik..duk berubah
bersabar
melayan kerenah kau
tapi senang2 time2 ngah ok xder masalah tetiba
nak timbulkan masalah perhal!!!!
bila aku bahagia...ianya hanya sementara..
bila aku senyum..itu hanyalah senyuman pura2...
bila aku ketawa,ianya hanyalah ketawa untuk waktu itu...
kerana dalam otak aku dah di settingkan yang aku memang akan tetap bergaduh walau
sekarang nie ok...
huh...
arggh!!!!!
.
.
.
.
kenapa benda ni sentiasa terjadi sedangkan aku da ok!
aku da ikut semua nya!
aku x buat jahat!
aku x buat semua yg x disukai!
tapi kenapa tetap ada jer alasannya????
kadang2 aku rasa cam x der guna aku JUJUR
sebab ianya hanya membuatkan aku sendiri terluka
bila JUJUR...
dikatakan tidak JUJUR
so...whts the point??????????????????????
uhh!!
Friday, March 11, 2011
Mewarna Batik...
Haiiippp...entry kali nie aku nak citer sal satu projek batik
projek nie merupakan salah satu projek yg sememangnya aku yg kena handle
haiiyaaaa
manyak susah wow...macam mana aku nak pasarkan mender nieeee
pening lalat aku dibuatnyaa...
huhuhu
projek batik nie bersesuaian untuk subjek
pendidikan seni ataupun untuk
kelas-kelas tadika
atau boleh dijadikan salah satu kerja kursus
bagi budak2 tahun 4@5@6
takpun bleh wat pertandingan mewarna batik
sempena ada apa2 program contohnya sempena
sambutan hari merdeka@ apa2 jer..
selama nie asyik buat pertandingan mewarna
so apa salahnya
tukar lak
wat pertandingan mewarna batik...
hehehe...
n_n
huhuhu
projek batik nie bersesuaian untuk subjek
pendidikan seni ataupun untuk
kelas-kelas tadika
atau boleh dijadikan salah satu kerja kursus
bagi budak2 tahun 4@5@6
takpun bleh wat pertandingan mewarna batik
sempena ada apa2 program contohnya sempena
sambutan hari merdeka@ apa2 jer..
selama nie asyik buat pertandingan mewarna
so apa salahnya
tukar lak
wat pertandingan mewarna batik...
hehehe...
n_n
ok....meh..aku kenalkan yer
dan diharapkan lau ader laa
sesaper yg rasa berminat please...
contact me to oder
hehehe
n_n
*************************************************************
** pamphlet batik**
contact me to oder
hehehe
n_n
*************************************************************
** langkah-langkah mewarna juga disediakan**
kat sini aku ader uploadkan gambar2
contoh yang telah siap diwarnakan
dan juga barang2 yg terdapat dalam set projek batik ini.
.
.
.
.
** ini adalah contoh setelah siap di warnakan **
lau nak call office bley jer...then cakap nak bercakap dengan "CIK AUNI"
harga bley dirunding
n_n
apa2 telefon jer...untuk sebarang pertanyaan..
xkisah la dari mana pun customer memang kami terima
samada sabah@sarawak semuanya2 kami bley buat penghantaran
CALL ME YAA!!!
(09-7654445 miss auni)
n_n
Subscribe to:
Posts (Atom)