Followers

Thursday, September 16, 2010

Istimewanya Wanita Benama IBU



1) Doa Wanita
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2) Pahala Wanita Bersalin
Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

3) Kelebihan Melahirkan Anak
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

4) Kelebihan Menyusukan Anak.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

5) Pahala Memelihara Anak.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

6) Menggembirakan Perempuan.
Barang siapa yang menggembirakan seseorang perempuan, maka darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

7) Keistimewaan Anak Perempuan.
Barang siapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah kita mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan, seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

8) Ganjaran Wanita Solehah
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

9) Hak Suami dan Ibu
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasuluulah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, " Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya."

10) Keutamaan Terhadap Ibu
Apabila memanggil akan engkau 2 rang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

11) Kelebihan Mentaati Suami
Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut,burung diudara, malaikat dilangit, matahari dan bulan semua beristiqfar baginya selam mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

12) Ganjaran Mentaati Suami
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendaki dengan tidak dihisab.

13) Keistimewaan Seorang Ibu
Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

14) Ganjaran Memelihara Anak
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.

15) Ihsan Terhadap Perempuan.
Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, syurga ialah tempatnya.

16) Penghalang Api Neraka
Daripada Aisyah r.a, Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

17) Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu dan apabila pada hari pertama haidnya membaca " Alhamdulillahi 'alaa kulli Halin Wa Astaqhfirullah.Segala puji bagi Allah dalam dari segala dosa." maka allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah Allah SWT mengangkatnya ke atas darjat,seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

18) Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

19) Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

20) Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

21) Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

22) Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

23) Wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan hamba.

24) Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dihiburkan hati anaknya Allah memberi 12 pahala ibadat.


Renungan:
".......dan hendaklah kamu berbuat baik dengan sesungguhnya kepada ibu bapa....sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataanya."
(An-Nisa':36)

Wednesday, September 15, 2010

Saya Tak Suka Lah

Saya cakap saya x suka lelaki isap rokok.....
Kenapa????
hurm...kebanyakan perempuan x suka lelaki smoke...
Kenapa????

Nak tahu kenapa perempuan x suka???

- mulut awak bau busuk...eee....
- gigi awak hitam.....eeee...
- badan awak bau busukk...eee...
- bibir awak hitam....menakutkan...
- gaya awak smoke mcm gangster...
- lepas smoke awk batuk2...eiishh...
- bila sakit dada, sibuk nak mengadu sakit...
padahal diri sendiri yg cari penyakit... perhal..
mengadu kat saya plak????
- hbskan duit jer beli rokok..baik la awk guna duit tu
belanja saya makan... =D
- bila sampai tahap awk jd hvy smoker...awk lbh 
pentingkan rokok dari saya
- asap rokok busuk...buat saya batuk..sesak nafas...
- asap rokok buat saya sakit jantung....
- asap rokok buat baju saya berbau busuk...
nanti saya kena sembur perfume sebelum balik rumah..sbb nanti mak bapak
saya cakap saya plak yg smoke...

Dalam hati saya...saya memang x suka lelaki yg smoke
dan saya x nak org yg saya syg adalah perokok

Tetapi......org yg saya syg....adalah perokok tegar...
saya x tahu bila awk akan blajar untuk berhenti.....
Bln puasa lepas..awak da stop...bibir pun da merah...tapi skrg....saya tgk
awak da smoke balik...sampai bibir punda mula hilang warna merah
bila sakit..sibuk mengadu kat saya sakit dada...
tetapi time awk ngah syok duk sedut rokok....
ada ker awk fikir yg awk akan sakit????

Walau apapun saya terpaksa terima...keburukan awak...
nak buat camner...huhuhu nanti..saya lak yg dapat kanser paru2..
gara2 duk hidu asap rokok awak..
yerla..sehidup semati la kan???
hahahahahha
hahahahahahahahhahaha

x masuk dek akal!!!

Sunday, September 12, 2010

Harap maaf

Assalamualaikum semua..huhuhu harap maaf yer...rupa blog saya yg kucar kacir..coz skung ngah nak mengupdate ngan menukar2 segala interface....tapi x siap lagi..huhuhu....segala kesulitan amat dikesali...

Friday, September 10, 2010

1 Syawal

Assalamualaikum..buat sahabat2 ku..SELAMAT HARI RAYA ku ucapkan..dan kupohon keampunan dan kemaafan untuk segala kesalahan yg telah ku lakukan dan atas kata2 ku yg telah melukakan hati kamu..maaf..zahir batin....

Pagi 1 Syawal....ku menitiskan i mata di pagi ini..kenapa??secara tiba2...bila ku mendengar takbir raya..hatiku terusik...YA ALLAH...setiap kali 1 Syawal menjelma...ku mengingati peristiwa yg menyedihkan dan pilu itu...saat aku kehilangan org tersayang yg belum sempat ku mengenalinya dgn lebih rapat dan belum sempat ku mengenali erti kasih sayang darinya...aku sudah kehilangannya....walaupun ketika itu aku hanya berusia 7thn...tetapi ingatan ku tentang peristiwa itu masih segar dalam ingatanku......

Pemergian nenek ku yg tersayang...yg belum sempat ku mengenal erti kasih sayang dari seorang nenek...telah pergi meninggalkan ku seawal usia ku 7thn...yg belum kenal erti kehidupan ini....Masih teringat lagi peristiwa mlm 1 Syawal....pada mlm tu aku dan adikku serta pakcik aku sedang asyik bermain...biasalah..seusia itu...hanya tahu bermain di mlm raya..keriangana menyambut hari Lebaran...namun nenek aku belum sampai di kg..ummi bgtahu nenek sampai pg raya....so,kami hanya menyediakan persiapan raya untuk esok..untuk menyambut kepulangannya...masakan siap dimasak...rumah siap dihias...semuanya tersedia untuk menyambut hari raya..

Namun ketika semua org sudah tidur...aku dan adik serta pakcikku yg tua hanya setahun dariku...terdengar org mengetuk pintu dan memberi salam...pada ketika itu..kami ketakutan...yerlah mana ada org dtg ketuk pintu rumah mlm2....dan kebetulan pak din terjaga..dia membuka pintu..aku curi2 dgr percakapan mereka..pakcik yg dtg bertanya..adakah ini rumah puan Fatimah...dan pak din hanya ia kannya...
selepas itu ummi aku bgun untuk melihat apa yg terjadi..namun tiba2 aku terdengar suara tangisan ummi ku dan semua org menangis...aku keliru...aku cuba bertanya pada ummi tetapi ummi hanya menidurkan aku..katanya tidurlah..esok nak raya...dan aku trus terlelap selepas ditidurkan umi...

Keesokan paginya....di pagi raya....aku tersedar...kerana mendegar suatu tangisan....dan bila aku bgun dari tidurku...aku melihat seseorg di pintu depan rumah...aku melihatnya dari belakang...hurm..macam tok ma(nenekku)....trus aku memeluknya dari belakang sambil memanggil tok ma.....tetapi bila makcik aku dtg..ambil aku..aku tgk..org tu bukan tok ma...aku x faham..kenapa semua org menangis..kenapa??kenapa???dan bila aku bertanya..umi hanya bgtahu..tok ma da x der..aku xpaham...aku x paham..dan pagi raya tu memang berlainan sangat suasananya..org ramai datang...semuanya baca yassin...aku x faham...dan aku hanya terus bermain dgn adik aku.....

Namun selepas itu...dalam pukul 12tgh...sampai  satu van...aku lihat dari jauh..mereka bwk turun satu benda...berwarna putih..aku tertanya2...apa tu???dan mereka usung masuk ke dalam rumah...dan ketika itu aku terus berlari....untuk melihat apa yg terjadi..dan bila aku masuk...aku lihat smua org pergi ke situ..dan mencium sambil menangis....selepas itu..umi pegang tgn ku...dan bawa aku dekat dengannya..dan bila aku dekat dgnnya..aku nampak..aku lihat..itu...tok ma...uummii..kenapa bungkus tok ma macam nie...kenapa baju raya tok ma mcm nie?????putih jer.....ummi aku hanya menitiskan i mata....dan umi suruh aku kucup dahi tokma..dan aku hanya mengikut kata2 ummi...namun selepas itu..tok ayah aku sampai...dan aku lihat tok ayah pun nangis....dan lepas itu mereka usung tok ma...mereka masukkan dlm keranda....masa itu aku lgsung xfaham..apa maksud disebalik semua ini...dan lepas pada itu...bila sampai di kubur...baru aku faham....
rupanya...tok ma da meninggal...dan di situ jugak lah aku menangis dan menitiskan air mata....YAALLAH...kenapa begitu cepat kau menjemputnya ke pangkuanmu....sedangkan aku masih belum sempat mengenalinya dan merasai kasih sayang darinya...sesungguhnya aku begitu menyayanginya...sanggat...sanggat sayangkannya....aku dibelai manja olehnya..aku dilayan mesra olehnya...aku disayanginnya dan ditatang bagai minyak yg penuh...YA ALLAH...aku masih kecil untuk menerima itu semua pada waktu itu...

Di mlm 1 Syawal....kau pergi meninggalkan kami....dan sambutan di pagi 1 Syawal..dengan kedatangan sekujur mayat yg kami tidak sangkakan.....sedangkan kami menantikan kepulanganmu untuk beraya bersama kami...tetapi...ini ketentuan Ilahi....kau pergi meninggalkan kami di pagi Syawal itu....

Kerana tidak sabar untuk pulang beraya dengan anak2...tok ma balik lebih awal pada tok ayah...tok ma naik bus mlm raya tu..dgn makcik aku....tetapi malang tidak berbau....bus yg dinaiki mereka excident di jln gua musang...bas terbalik dan semua penumpang tercampak keluar...dan makcik aku katakan yg tok ma juga tercampak dari bus...Ya Allah...kau maha pengasih dan maha penyanyang......engaku tempatkanlah nenek ku bersama golongan yg enkau kasihi dan sayangi....sesungguhnya aku begitu menyayangi dia....amin...

Wednesday, September 1, 2010

Apa nak jadi???

Sebelum nie aku x pernah terlintas untuk search tentang isu 
NEGARAKUKU
tapi..hari nie kau x tau knapa aku nak search
aku just tgk dlm uTube..
tapi ternyata...komen2 mereka..memang mendatangkan peperangan
hurm..apa nak jadi??masing2
mengutuk Agama masing2
tiada guna 1 Malaysia
Kalau hal ini berpanjangan..
hurm..kenapa timbulnya isi ketidak puasan hati mereka??
ntah lah...ada yg menyalahkan politik..dan sebaliknya
bg pendapat aku...hurm mungkin hal ini ada kaitan dgn kemajuan negara kita
dulu...zaman pemerintahan PM yg sebelum nie..
Negara kita sibuk dengan membangunkan Malaysia
pembangunan merata2 tempat...sehinggakan tiada lagi hutan hijau..
Namun mereka lupa...golongan anak2.mereka tinggalkan..
tiada langsung perancangan untuk masa depan anak2 di zaman itu
dan hasilnya..adalah sekarang...melambak2 anak2 melayu
jd mat rempit,penagih,perompak,peragut dan semuanya...
semua aktiviti2 yg berunsur negatif ini..dirangkumi oleh anak2 melayu
kenapa??kenapa anak2 melayu????siapa yg boleh tolong berikan jawapan???
MALAYSIA NEGARA ISLAM tetapi sama sekali aku tidak merasakan nya..
kenapa???Kerana di depan mata aku sendri..aku melihat anak2 melayu
menogok arak...tanpa segan silu..membeli arak di khalayak ramai..
MasyaALLAH..adakah itu dikatakan ISLAM??
Depan..mata aku sendiri..aku melihat anak2 muda bercumbuan..di depan mataku sendiri
melihat gelagat2 anak2 sekarang..yg bernafsukan SETAN..
itukah dinamakan negara ISLAM???
TIDAK....sama sekali...
kenapa??kenapa tiada pihak yg langsung tidak berani tampil..
untuk meluahkan semua ini???kerana takut....
hurm..isu buang anak.....kenapa perlu mengadakan kempen SAYANG ANAK???
kenapa perlu adakan RUMAH PERLINDUNGAN untuk remaja bermasalah???
tidakkah kamu terfikir....hal yg sebelum berlakunya masalah2 ini...
kenapa tidak negaraku ini menjadi negara islam yg sebetulnya??
aku rasa..seandainya undang2 di negara ini digantikan dgn undang2 berlandaskan
apa yg ada mengikut agama...
tiada lagi semua masalah2 yg kita hadapi hari ini
tetapi kenapa...pihak yg berkenaan tidak melaksanakannya???
aku pun x faham...
kenapa perlu fikirkan KESIAN kepada si pencuri kalau tgnnya dipotong??
hukuman itu sudah setimpal dgn apa yg dilakukannya..
namun...hakikatnya...itulah negaraku
aku sentiasa di belengu ketakutan..bila berada di khalayak ramai..
terasa seperti berada di negara asing..
sedangkan ini..adalah NEGARAKU....