Followers

Sunday, June 5, 2011

Seni GuBahan SayuR

KREATIF... Ju menggunakan kubis segar, kering, yang sudah diawet atau direbus untuk menghasilkan karya seninya.


MODEL ini memang cukup menawan tetapi tidak akan membuat wanita cemburu kerana keseluruhannya dibuat menggunakan kubis.
Artis, Ju Duoqi menghasilkan ukiran menakjubkan ini untuk projeknya, ‘Fantasi Kubis Cina’.




JELMAAN MARILYN MONROE... 
dihasilkan sepenuhnya dengan mengguna kubis ini diberi nama Nowa.


BAGAI DUYUNG... model pemalu yang melindungi kehormatan diri dengan daun.





Pameran hasil ukiran itu berdasarkan ikon, termasuk Marilyn Monroe dan Lady Gaga.


serta wanita pelbagai gaya yang biasanya boleh dilihat di majalah fesyen.


Semua ukiran berkenaan dibuat daripada kubis, termasuk topi, beg dan barang kemas.
Ju yang berasal dari China, menggunakan pisau untuk mengukir kubis
pelbagai jenis dan warna dan mencantumnya dengan pencungkil gigi.
Apabila sudah dibentuk, ia akan dibiarkan untuk satu tempoh lama dan kemudian dimasak

dengan pelbagai cara bagi menerbitkan pelbagai warna dan tekstur.


Ju sebelum ini menggunakan pelbagai jenis sayur lain untuk menghasilkan
semula lukisan beberapa pelukis terkenal seperti Leonardo Da Vinci,

Vincent Van Gogh dan Andy Warhol.


“Pelbagai jenis, bentuk dan warna sayur, dengan sedikit usaha untuk menyusunnya
 semula, boleh menjadi sumber pelbagai imej. “Tidak kira sama ada ia segar, sudah layu,
kering, diawet, direbus atau dikeringkan, ia boleh digunakan untuk
menghasilkan ukiran menarik,” katanya. Dilahirkan di Chongqing pada 1973, Ju menamatkan
pengajian di Institut Seni Halus Sichuan pada 1996. Selepas menjadi artis bebas

 pada 2005, dia menyertai beberapa pameran secara berkumpulan.
Dia juga pernah mengadakan pameran solo, khususnya ‘Muzium Sayur’
dan ‘Hi! JuDuoqi,’ kedua-duanya di Beijing. Selain sayur, Ju juga menggunakan
halia, kentang, akar teratai, ketumbar dan tauhu untuk menghasilkan karyanya yang lain.







No comments:

Post a Comment