Followers

Friday, October 22, 2010

Sekeping Hati Wanita Berkata..



Bila seorang perempuan menangis....---- ada sesetengah lelaki akan memujuknya..tetapi ada sesetengah akan marah dan menengking....Kenapa kau nangis hah!! x habis2..sikit nangis...!!

tahukah kamu...bahawa bila seorang perempuan itu menangis..kerana dia tidak mampu untuk menyatakan apa yg tersimpan didalam hatinya...dan dia hanya mampu menitiskan air mata...dan terdiam seribu bahasa...
Dia diam..bukan bererti dia xendahkan kata2 kaum lelaki yg tanpa henti..memarahi..menengking...tetapi..dia tidak mampu untuk melawan kerana hatinya sudah terlalu lemah dan hancur kerana kata2 mu itu...

aku sendiri mengalaminya..iya...awalnya sememangnya aku melawan..setiap kali ditengking..di caci..aku akan melawan..untuk mempertahankan diriku...tetapi...bila aku mempertahankan diriku..aku dikatakan kurang hajar padanya dan tidak menghormatinya....Ya Allah..adakah kaum wanita sememangnya harus mematuhi segala2 arahan dari kaum lelaki ini??

Semakin hari..aku semakin terbiasa dgn semuanya...tetapi..makin hari aku merasakan rimas dgn setiap kata2 yg terkeluar dari bibirnya....dan aku sudah merasakan bosan untuk melawan.... akhirnya..aku mengambil keputusan hanya mendiamkan diri...dan hanya menangis sepuas2 hati.....

Aku x tahu...bagaimana harus aku luahkan...aku sudah sedaya upaya untuk menjadi yg terbaik...tetapi...sikapnya..yg terlalu ingin mendominasikan diriku ini membuatkan aku rasakan sedikit rimas...
seolah2 segala2nya harus diberitahu..dan jika aku membantah walau sedikit..aku akan dimarahi dgn teruk...

Aku x tahu..apa nasib aku...adakah lama kelamaan aku sendiri akan ditamparnya...entahlah...
kerana sifatnya yg terlalu cemburu...dan ingin mengawal segalanya tentang aku...aku jadi mcm nie...

YaAllah...jika engkau memang menjodohkan aku dan dia...engkau tabahkanlah hatiku ini untuk menghadapi segalanya...untuk bersamanya..dan engkau bukakanlah hatinya dan matanya untuk melihat aku dengan benar...dan bukan dengan hanya perasaannya yg sentiasa mengatakan perkara2 yg tidak benar pada diriku...

sememangnya hari2ku merasakan terseksa..tetapi aku terlalu berharap..dia berubah di suatu hari nanti........
dan aku akan menunggu hari itu dgn penuh kesabaran...kerna aku sudah terlalu menyayanginya....



No comments:

Post a Comment